Will the shadow hide the colours of my heart?

…lest we forget how fragile we are…

  • Terima Kasih Cinta by Andy

    Ku pejamkan mata
    Bayangkan dirimu
    Menciptakan perasaan paling indah

    Kau menyinari
    Seluruh hidupku
    Menemani di setiap malam-malamku

    Terima kasih cinta
    Hadirmu beri makna
    Tak mungkin ku persia
    Ikatan terbina
    Kekasih

    Biarpun tersiksa
    Walaupun terluka
    Cintaku padamu
    Kekal selamanya

    Ternyata bukan mimpi
    Kasihmu abadi
    Oh…

    Terima kasih cinta
    Hadirmu beri makna
    Tak mungkin ku persia
    Ikatan terbina

    Nikmati segala bahagia

    andy flop poppy - terima kasih cinta

    *Holiday Mode On! wink wink 😉

  • Geopark Lembah Kinta

    Hai! Yah.
    Ini perempuan busy yang merindui penulisan merapunya.

    Banyak orang yang tak tahan bekerja di satu tempat bukanlah disebabkan kerja yang banyak.
    Tapi selalunya disebabkan oleh tak boleh tahan dengan orang sekeliling di tempat kerja.

    Well. Masyarakat kat pejabat kan banyak karektor.
    Ada penyebok. Ada berkira kerja. Ada yg baik depan, hentam belakang. Ada yang ingat dia sorang je yang betul. Ada yg suka gosip, tapi dia lupa semua orang pun tengah gosip pasal dia. :mrgreen:

    Tapi aku suka kerja kat sini.
    Sebulan masuk ofis sekejap² je.
    Bahagianya. Hew hew hew.

    Bulan ni terlibat dengan Projek Geopark Lembah Kinta, salah satu dari projek Kerajaan Negeri.
    Bermula dari awareness workshop di The Haven Hotel Ipoh, terus sambung ke Ekspidisi Saintifik yang melibatkan beberapa pihak seperti UKM, UiTM, USM, Jabatan Perhutanan, Akademi Sains Malaysia, FRIM, JAS dan banyak lagi.

    IMG-20151030-WA0002

    IMG-20151123-WA0001
    Emceeing here.

    IMG-20151030-WA0017
    Panelist: Dr Young (Hong Kong), Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo, Dr Kamaludin Hassan, Prof Shafea Leman, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib.

    IMG-20151030-WA0018
    With Geologist Cik Nurul ‘Amalina Dato’ Hj Md Nor dan Prof Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pakar Geologi yang hensem dan friendly . 🙂

    IMG-20151030-WA0040
    Let us makannn 😀

    ?
    Keesokan harinya, team semua berkampung selama seminggu di The Lereng Adventure Camp & Resort, Ulu Chepor untuk ekspidisi saintifik.

    IMG-20151109-WA0004

    IMG-20151108-WA0027
    Abandoned quarry

    IMG-20151109-WA0026

    IMG-20151108-WA0019
    Ahli geologi mencari fosil.

    IMG-20151109-WA0033
    Team saya bertugas ke penempatan orang asli untuk mendapatkan feedback tentang pembangungan Geopark Lembah Kinta di kawasan mereka.

    IMG-20151109-WA0014
    Ketua Kampung Ulu Chepor

    IMG-20151108-WA0026
    Mengadap Tok Batin

    ?

    ?
    2015-11-09 22.39.35
    Bersama dua pensyarah UiTM Fakulti Senibina Perancangan & Ukur, Cik Azah & Encik Zack dan dua orang student fakulti yang sama.

    Ini lah kisah orang tak masuk ofis.
    Next month meeting kat Utara. New year meeting kat seberang. Sabahhhh am coming!!! 😆

    Thesis per cerita nana? Prof Amir dah sebut nama hang dah! :mrgreen:

  • Layu Sebelum Berkembang

    Hati ku hancur mengenang dikau
    berkeping keping jadinya
    kini airmata jatuh bercucuran
    tiada lagi harapan

    Tiada seindah waktu itu
    dunia berseri seri
    Malam bagai siang
    seterang hatiku
    penuh harapan padamu

    Kini hancur berderai
    kesedihan berantai
    kuncup di hatiku yang lama ku simpan
    kini hancur sebelum berkembang

    Mengapa ini harus terjadi
    di tengah kebahagiaan
    ingin ku rasakan
    lebih lama lagi
    hidup bersama dengan mu

    Tiada seindah waktu itu
    dunia berseri seri
    Malam bagai siang
    seterang hatiku
    penuh harapan padamu

    Kini hancur berderai
    kesedihan berantai
    kuncup di hatiku yang lama ku simpan
    kini hancur sebelum berkembang

    Mengapa ini harus terjadi
    di tengah kebahagiaan
    ingin ku rasakan
    lebih lama lagi
    hidup bersama dengan mu

    Koleksi Album Terbaik Broery Marantika Terlengkap

    25 minutes days too late.

  • Falling in Love with You (again and again)

    Well, that’s Cameroon. Eh, berangan. Cameron Highlands.

    Bagilah daku Mabul, Manukan atau Maldives, ku pilih Notting Hill jua. Hakhakhak.

    Saja² bawak Mama and the kids jalan² sementelah cuti masih banyak belen.
    Si pendek ni sebok bebenor nak petik stroberi, nak petik stroberi!
    ?

    ?
    Dah dibagi petik stroberi, nak petik daun teh pulak!

    20151027_124326
    Bila dah sampai ladang teh, maknya pun suruh la petik.
    Tau tak apa katanya?
    “Mana bakul teh nya? Adik nak campak daun teh kat dalam bakul!”
    Dia fefeling jadi tukang petik daun teh lettew! :/

    ?

    ?

    ?

    ?
    Sian kids. Nak mandi, tapi pool dalam.

    ?

    ?
    Sejuk² semua lapar rupanya. 🙂

    ?
    Dinner first night di Nik Tomyam area Brincang tu. Servis slow. Panggil berkali² waitress dia buat derk je. Rasa pun kureng.
    Cuba turun sikit kat Tanah Rata, di barisan kedai baru sebaris dengan BSN. Ada kedai Nasi Ayam Pak Teh kalau tak silap. Thai food dia terbaik.

    ?
    Tepi jalan pun belasah je. Stroberi mashmallow cicah cekelat. 😀

    ?
    Amboi Maktok. Shopping tak hengat.

    ?
    Busuk! 😉

    ?

    ?

    ?
    Masih berjaya plank dengan beban 13 kilo! 😛

    ?
    Jujurnya, aku nak menetap di Cameron bukan disebabkan ladang teh atau strawberry.
    Tapi disebabkan hujan malamnya.
    Hujan malam Cameron, hujan paling best di dunia! 😆
    OK Cameron. See you next month!

    Oh, gara² sekarang ni banyak tanah runtuh, banjir lumpur etc, dengar cerita ofis ku nak buka branch di Cameron.

    Bosssss. Saya nak transfer!!! Ngee :mrgreen:

  • Bali (Day 4)

    >>>Bali Day 1<<<
    >>>Bali Day 2<<<
    >>>Bali Day 3<<<
    >>>Bali Day 4<<<

    Walaupun dah nak masuk bulan keempat meninggalkan Bali, hari ni baru nak cerita hari keempat di Bali.

    Selain Ubud dan Pantai Pandawa, jangan lupa ke Uluwatu untuk menonton persembahan ‘Kecak Dance’.
    Saya setuju mengatakan Uluwatu adalah antara tempat yang tercantik di dunia.
    Terletak di hujung Pulau Bali, ia adalah salah sebuah kuil tertua di Bali.
    Dan penduduk Bali ni adalah antara orang yang paling kuat agama. Tiap-tiap hari kita nampak mereka berpakaian ibadat (kebaya), menjunjung buah-buahan untuk pergi ke kuil waktu senja.
    So saya pun fefeeling movie Eat, Pray, Love. 😆

    20150821_172540

    IMG-20150821-WA0163

    IMG-20150821-WA0168

    IMG-20150821-WA0171

    IMG-20150821-WA0172

    IMG-20150821-WA0175

    IMG-20150821-WA0183

    IMG-20150821-WA0192

    IMG-20150821-WA0217

    IMG-20150822-WA0021

    IMG-20150822-WA0024

    20150821_220645
    20150821_203156

    “It all goes away. Eventually, everything goes away.”
    ― Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love

    Eat, Pray, Love shooting kat Bali kan?
    Jom dating sana. :mrgreen:

  • Konvokesyen Pra Sekolah Daerah Kinta Utara 2015

    Tarikh: 12 Oktober 2015 (Isnin)
    Tempat: Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta.

    Di suatu pagi, cikgu Roszaireen memanggil Mommy datang ke sekolah.
    Dengan perasaan dup dap dup dap, Mommy pun datang lah.
    Saspen sungguh. Ingatkan Nadene buat hal.
    Sekali tu cikgu Zaireen bisik,
    “Puan. Dalam kelas ni, ada lima orang top student. Nadene dapat nombor satu dan dapat anugerah Tokoh Murid. Dia sorang je dapat 100% ujian. Yang lain² tu dapat 98%, 99%. Bulan Oktober nanti ada konvokesyen sekolah² daerah kinta utara. “

    Teringat dulu² Mommy pun dapat nombor 1 masa kecik². Tapi dah besor, hampeh. 😀

    Takpalah. Yang penting jadi anak solehah, berbudi bahasa, hormat orang tua.
    Jangan sijil degree bergulung², pangkat tinggi melambung, tapi lupa langit dijunjung. Cewah.

    IMG-20151012-WA0024

    20151012_164550
    Mommy very proud of you Kak Ein!

    20151012_170747

    20151012_184619

    20151012_195650

    Mommy: Kalau tetiba Mommy pengsan, adik sorang je ada kat umah, apa adik nak buat?
    Nadene: Adik tepon Papa.
    Mommy: Tau ke password handphone Mommy?
    Nadene: Tauuuu 😉 (Hmmm)
    Mommy: Nombor tepon Papa, tau?
    Nadene: Tau. carilah nama ‘Rj’. 😛
    Mommy: Kalau prepaid Mommy habis camna?
    Nadene: Adik naik basikal.
    Mommy: Naik basikal pegi mana pulakkkk???
    Nadene: Pegi kedai la.
    Mommy: Oooo. Pegi kedai. Beli ubat Mommy ye?
    Nadene: Taklaaaa. Beli topup la. Pastu adik tepon la Papa!

    Hahahahahaha. Mampoihhh! 😆

    20151012_161749(0)
    Anak Raja Shahril tapi binti lain. :mrgreen:

    Daaaaa…..

  • Bali (Day 3)

    >>>Bali Day 1<<<
    >>>Bali Day 2<<<
    >>>Bali Day 3<<<
    >>>Bali Day 4<<<

    Haluuuuu…

    Kalau singgah di Bali, jangan lupa ke Pantai Pandawa.

    Pertama kali terpandang pantai dan lautnya, sangat teruja dan terkesima.

    Biru dan nyaman.

    20150821_122610

    20150821_122758

    20150821_122827

    20150821_133524

    IMG-20150821-WA0089

    IMG-20150821-WA0094

    IMG-20150821-WA0096

    IMG-20150821-WA0107

    IMG-20150821-WA0111

    Okeh. Semoga kita saling merindu. Take care.

  • Sukan NRE MTB

    Sempena Hari Sukan Negara yang lepas, macam² aktiviti sukan berlaku di seantero Malaya termasuk kementerian yang aku menumpang kasih sekarang ni.

    So dari 8 Oktober hingga 11 Oktober berkampunglah kami di Tanjung Malim untuk persiapan kejohanan sukan dwi tahunan.

    Syok sangat, sebab tak masuk ofis! Hiks. 😀

    20151009_175004
    Baju pree!

    20151009_163506
    Menanti ucapan Menteri.

    IMG-20151012-WA0060
    Selesai perbarisan. Atlet dari pejabat cawangan Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, kelantan, Kedah, Perak. Pendek kata satu Malaya.

    Dan acara yang aku masuk tahun ni bukan netball, bukan volleyball, bukan lari pecut, bukan marathon, tapi berbasikal MTB. 😛

    Rider perempuan dari jabatan lain bukan calang². Semua kaki Jambore MTB.
    Kami ni maklumlah bidan terjun, training sebulan sekali.
    Tapi membanggakan juga sebab ini penyertaan kali pertama jabatan, dapat tempat ketiga.
    Tempat pertama dan kedua memang dibolot Jupem dan Perhutanan yang dari dulu memang terkenal champion.

    Takpalah. Suka² je. Seronok gak training dalam hutan dengan otai² MTB kat Ulu Kinta.
    Paling best mestilah downhill. Hahah. Macam superwoman aku terbang. Sikit lagi nak masuk gaung. 😆

    20151011_075052
    Kebetulan. Sangat kebetulan. Berlumba dengan team Ipoh Foldies. Aiseh. Depa sifu aku. Separuh mati nak potong. Heheh.

    2015-10-17 18.56.27

    2015-10-17 18.59.37

    2015-10-17 19.00.16
    Seronok bebenor dapat habiskan kayuhan. Tu coach aku kat belakang dua tiga kali ke hulu ke hilir tunggu aku tak sampai² kat gate entrance. 🙂

    20151011_103842
    Sumpah best giler trail Tanjung Malim weh. Jumpa Bukit Tiga Beradik. Jumpa dua sungai jernih pulak tu! Ikutkan hati mau aku berendam tak nak balik. Ngeee 😀

    IMG-20151011-WA0028
    Arh! Rider Kedah! Veteran ni. Champion!

    IMG-20151011-WA0029
    Team Emas, perak, gangsa!

    IMG-20151012-WA0002
    Dengan pengurus kami. Tq boss, sponsor jersey. Hik3.

    IMG-20151012-WA0008
    Dengan Timbalan Ketua Pengarah yang turun padang. Seronok sangat dia kami menang. Maklumlah first timer.

    IMG-20151012-WA0012
    Ok nak balik dah. Dapat cuti peristiwa hari Isnin. Selasa MC. Rabu Maal Hijrah. Khamis baru masuk keje. Bahagia!

  • Bali (Day 2)

    >>>Bali Day 1<<<
    >>>Bali Day 2<<<
    >>>Bali Day 3<<<
    >>>Bali Day 4<<<

    Saksikanlah kami adik beradik membuat persembahan di tempat umum, Bali Pulina, Indonesia. 😀

    Hari kedua kami pergi jalan² di Ubud.
    Ubud ni Tanah tinggi dan agak sejuk. Perjalanan lebih kurang sejam setengah dari Kuta.
    Kami beli souvenir kat Pasar Ubud, minum² kat coffee house sepanjang jalan, makan tengahari di warung masakan Sunda dan menikmati Kopi Luwak di Bali Pulina.

    IMG-20150820-WA0035

    IMG-20150821-WA0009

    IMG-20150820-WA0055

    IMG-20150820-WA0051
    Having lunch @ Warong Ijo. Waduh, enaknya 80 kali ganda dari Malaysia. 😀

    ?
    See! Tamak giler. Air kelapa, bakso & of coz nasi ayam penyet!

    2015-09-23-20-38-52
    Coffee coffee sambil tunggu yang lain tak habis shopping.

    IMG-20150821-WA0044
    Complete!

    ?

    20150820_164239

    2015-09-23-20-37-20

    2015-09-23-20-40-05

    2015-09-23-20-40-53
    Bali Pulina, tempat menikmati Kopi Luwak.

    IMG-20150821-WA0049

    2015-08-21 08.45.41
    Dari Ubud pulang ke Kuta dan terus ke Hard Rock. Tak mandi. okbai.

  • Bali (Day 1)

    >>>Bali Day 1<<<
    >>>Bali Day 2<<<
    >>>Bali Day 3<<<
    >>>Bali Day 4<<<

    Halu.
    Vacation ke Bali 18 – 23 Ogos 2015 ni adalah idea dan usaha dari Hajjah Marziah Yahya yang nak mengumpulkan kesemua 12 anak-anak Haji Yahya Bin Hj Ahmad. Namun hanya 11 orang yang dapat pergi. Abang Amran Yahya ada hal yang tak dapat dielakkan.
    Sapa tak kenal Marziah Yahya. Senior Officer kat MAS. 😀 So sebelum dia pencen, dia pun arrangelah satu kenangan untuk siblings. Dan dia jugak sponsor tiket kapalterbang kesemua 11 adik beradik. Next year kita gi Melbourne pulak. TQ Mak Ling!
    Ni first gathering, tak pernah buat gathering adik beradik di mana suami isteri anak beranak ditinggalkan di Malaysia.
    Bak kata ibu mertuaku, “Pandai kome ye. Kome sedap berjalan, mak-mak yang kena jaga anak.” :mrgreen:

    IMG-20150819-WA0030
    @Delifrance KLIA isi perut.

    20150819_123006
    Bulan lepas katanya tak dapat cuti dan tak dapat join gathering ni, sekali tu tiba² terpacak kat KLIA. Surpriseeee… Abg Fendi from Melbourne to KLIA 8 jam. 😀

    20150819_125040
    Meeting orang Singapore dalam flight.

    FB_IMG_1440521096507
    Ini saja dalam satu kapal. Yang lain² kapal lain². Jumpa nanti.

    ?
    Restoran ACC Minang berdekatan dengan Airport Ngurah Rai. Makanan Padang.

    ?
    Tugu depan Restoran ACC Minang. Tak tau tugu apa. 😛

    2015-09-23-20-39-05
    Arriving Swiss-Belhotel Tuban, Kuta. Welcome drinks.

    ?

    ?

    IMG-20150819-WA0054
    Malam takda aktiviti. So picit kaki di Salon Carla Spa Kartika, Kuta.

    IMG-20150819-WA0083
    Hokeyyy… At last semuanya berkumpul di depan salon reflexology! Complete! Jom dinner. 😉

    Next >