Will the shadow hide the colours of my heart?

…lest we forget how fragile we are…

  • Asasi Sains Hayat UNIMAS

    Alhamdulillah.

    Sulong berjaya ke menara gading. Dapat offer Program Asasi Sains Hayat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama setahun dan pilihan pertama Universiti dalam permohonan UPU. Eh. Tiber dah besar ye :D. Jauh kami menghantarnya ke over the sea :p

    Apa beza asasi dan matrikulasi? Asasi biasanya 1 tahun dan terus sambung degree tanpa buat permohonan. Matrikulasi 1 atau 2 tahun dan perlu buat permohonan masuk ke Universiti untuk sambung degree.

    Asasi ada 2 jenis, iaitu Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup.

    Asasi Terbuka hanya di UiTM, UM dan UKM. Pelajar asasi terbuka boleh pilih untuk sambung belajar di mana-mana IPTA dalam Malaysia.

    Manakala Asasi Tertutup ada di UNIMAS, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ada beberapa lagi. Pelajar asasi tertutup biasanya hanya boleh sambung di IPTA yang sama saja. Kiranya satu kaki memang dah confirm masuk ke IPTA yang sama.

    Hari pendaftaran kolej pada 24 Julai 2023. Kalau ikut kalendar dah almost sebulan sulong kat Kota Samarahan, Sarawak. Kalau ikut kalendar lah! ๐Ÿ˜€

    Nanti sis sambung part 2 ye hahah

  • That’s What Friends Are For

    October 2020 ,

    Dah lama plan nak holiday.
    Akhirnyaaaaaaaaaa Alhamdulillah.
    Semoga Allah pelihara persahabatan kita semua.
    Jauh dari fitnah, penuh dgn kasih sayang.


    Kawan yang baik akan bercakap benda yang baik.

    Jalan seiringan.

    Ada kala berhenti untuk memberi rangsangan.

    Bila terjatuh, bantu melangkah semula.

    Kawan cerminan kita.

    Pesannya, “jangan hirau orang menabur fitnah di belakang. sebab sampai sekarang kita masih berada di depan”

    Tak sedikit pun mendatangkan kudis bagi aku.

    Ibarat anjing menyalak bukit. Hanjing forever.

  • IPOH HOMESTAY (THE PANCARONA )

    Assalamualaikum.
    First time sharing my baby, ‘The Pancarona’.

    3-bedroom-single-storey-terrace-house. Sapaยฒ yang nak singgah Ipoh, sudiยฒlah singgah di rumah kecil saya.

    You can find us on Agoda, Booking.com and Airbnb.

    You can also find us on Instagram, Facebook, blog or just whatapps me. ๐Ÿ™‚

    [pan.ca.ro.na] |ย ฺคู†ฺ†ุงุฑูˆู†ุง
    Definisi :ย sl bermacam-macam warna, panยญcawarna.ย (Kamus Dewan Edisi Keempat)
    Hiasan dalaman yang kebanyakannya dilengkapi dengan barangan IKEA, memberikan gambaran bahawa The Pancarona Homestay dihiasi dengan warna yang pelbagai (multi-colour).
    Berkonsepkan cozy-minimalism; perabot dan susunatur dalaman sangat diminimalkan tetapi dalam masa yang sama memberi keselesaan kepada tetamu.

    KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS
    ย 
    83a33a6b-73c8-42e6-9935-a1f81e51475d

    The Pancarona Homestay

    Rumah Teres Setingkatย 

      • 3 Bilik Tidur
      • 2 Bilik Mandi
      • Parkir (2 kenderaan)
      • Berhawa Dingin
      • TV Digital 32 Inci
      • Dapur
      • Peralatan Asas Memasak
      • Pinggan Mangkuk
      • Sudu Garfu
      • Cawan
      • Microwave
      • Peti Sejuk
      • Jug Elektrik
      • Seterika dan Papan Seterika
      • Pengering Rambut
      • Water Heater (Shower)
      • Mesin Basuh (Sabuh disediakan)
      • Tuala Mandi
      • Sabun Mandi
      • Sejadah

    Ciri-ciri Keselamatan:

    • Kit Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

    Kawasan Sekitar:ย 

    • Simpang Pulai
    • Kampung Melayu
    • Gunung Rapat
    • Botani
    • Medan Gopeng
    • Sungai Rokam
    • Pekan Razaki
    • Ipoh Jaya
    • Rapat Setia
    • Ampang
    • Taman Cempaka

    Kemudahan Awam:
    Bank, Restoran, Kedai 24 Jam, Klinik, Petrol stesen, Taman Rekreasi dan Balai Polis.

    Pengangkutan Awam:
    800 meter dari perhentian bas/ teksi
    5 minit dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
    10 minit dari Tol Simpang Pulai
    15 minit dari Stesen KTM
    20 minit dari Stesen Amanjaya

  • Normal Baharu

    Assalamualaikum.

    Hari ni genap hari ke 57 Malaysia berkurung gara-gara pandemik Covid 19 yang melanda dunia. Hari ni juga Ramadan ke 11 pada tahun 1441 Hijrah. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat bila duduk rumah. Masak, makan, tidur. Itu saya ๐Ÿ˜€

    Bila dah terlalu lama di rumah, rasanya saya dah terbiasa dengan normal baharu ni. Mungkin kita boleh terus bekerja dari rumah, atau bahasa mudahnya berhenti makan gaji. Dalam usia yang dah senja, apa lah sangat dunia nak dikejar. Sebab syarat mati bukan tua, bukan sakit, tapi hidup.

    Alhamdulillah. Kesempatan #stayhome dapat dimanfaatkan dengan duduk bersama keluarga, dapat melihat anak-anak depan mata, dapat solat berjemaah bersama, dapat mengajar anak-anak mengaji Al-Quran, dapat siram bunga, dapat renovate bilik tidur, apa lagi? Hmmm, yang utamanya masih masak, makan, tidur.

    Alhamdulillah, PKP juga memberi saya peluang untuk khatam Al-Quran kali kedua bulan lepas. Bermula November 2019 hingga April 2020. 5 bulan 30 juzuk. Awal dari jangkaan. Mulanya kalau dihitung takda PKP, saya bajet boleh khatam bulan Ramadan ni. Tapi kita bajet, Allah yang berkehendak. Dan Insyaallah, sebelum Syawal ni saya akan khatam kali ketiga. Lagi 9 juzuk. Semoga dipermudahkan. Amin.

    Cerita pasal Al-Quran, bila kita terbiasa membaca, kita akan rasa ketagihan bila tak membaca. Bukan riak ye, ni cerita je. Mula-mula start dulu saya baca satu muka surat. Lepas tu advance sikit, satu maqraโ€™. Lepas tu dua tiga muka surat. Sekarang dapatlah sehari 6, 7 mukasurat. Musim PKP ni satu hari satu juzuk. Alhamdulillah. Saya bosanlah. Nak buat apa lagi kat rumah, kan? Satu hal lagi, Nattra baca Al-Quran lagi laju dari saya. Nervous kot. ๐Ÿ˜›

    Semoga bermanfaat kepada kamu semua. Saya dulu pun tak baca Al-Quran. Takda masa. Konon. Tak malu sungguh kata takda masa baca Al-Quran. Macam benda lain lagi penting. Sedangkan benda lain tu tak membantu sangat pun. Seolah-olah agar-agar, bila direbus cair begitu saja. Ahaks. Lagi satu, bila baca Al-Quran ni, saya dapat practice suara. Bolehlah sekali-sekala test karaoke. Karaoke kat rumah je. Karaoke luar dah lama tak pegi. Gamaknya begitulah kitaran hidup kita. Takat mana sangat nak bersuka-suka ye dak? Oklah. Stay Home.

    stayhome

  • Hard Rock Hotel Penang

    Balik kampung laki nombor dua ๐Ÿ˜›
    (Laki nombor satu orang Cameron Highland! Hahah)

    Screenshot_2020-01-23 nurhanayahya ู†ูˆุฑู‡ุงู†ุง ูŠุญูŠุง ( nurhanajones) โ€ข Instagram photos and videos(3)Screenshot_2020-01-23 nurhanayahya ู†ูˆุฑู‡ุงู†ุง ูŠุญูŠุง ( nurhanajones) โ€ข Instagram photos and videos(4)Screenshot_2020-01-23 nurhanayahya ู†ูˆุฑู‡ุงู†ุง ูŠุญูŠุง ( nurhanajones) โ€ข Instagram photos and videos(1)Screenshot_2020-01-23 nurhanayahya ู†ูˆุฑู‡ุงู†ุง ูŠุญูŠุง ( nurhanajones) โ€ข Instagram photos and videosScreenshot_2020-01-23 nurhanayahya ู†ูˆุฑู‡ุงู†ุง ูŠุญูŠุง ( nurhanajones) โ€ข Instagram photos and videos(5)
    20200120_104426(0)

    Bayangkan dah 3 kali mai Penang semata-mata nak makan Deens Maju, tapi tutup. Nampaknya rezeki kali ni la dapat merasa. Masyarakattttt sedap! Kenaaa dengan selera chek.
    Next time semuga Allah menemukan jodohku dengan Nasi Kandaq Kampung Melayu pulak! Please Allah. I lap u muah!

  • Pulau Pangkor 3 Hari 2 Malam

    Hai korang.
    Akak nak share info bagi sesapa yang nak jalanยฒ ke Pulau Pangkor. Semoga bermanfaat. Dah 10 tahun tak sampai Pangkor. So agak teruja dan berdebar. Hahah. Motif berdebar??? ๐Ÿ˜€

    DAY1
    1) Naik feri di Jeti Marina tau. 10-15 minit dah sampai Pangkor. Kalau naik kat Lumut Waterfront tu, 30-40 minit :p.

    2) Parking kereta kalau lebih sehari, dia bagi parking bawah bumbung. Tiket parking RM8 (Isnin – Khamis), RM15 (Jumaat, Sabtu, Ahad, Public Holiday).

    3) Tiket feri (pergi-balik) RM14/ dewasa, RM5/kanak2. Simpan tiket jgn bagi hilang. Balik nanti tunjuk je tiket yg sama.

    4) Sampai jeti Pangkor, ada banyak teksi kaler pink menanti. Pilih chalet area Teluk Nipah. Harga tiket 4 orang RM16. Kedai2 berderet sepanjang jalan ala2 Batu Feringhi.

    5) Akak amik pakej RM60/dewasa dan RM40/kanak2 di Pangkor Inn Chalet. Pakej termasuk penginapan, breakfast, island hopping dan snorkeling. Sampai Chalet dalam jam 6 petang terus pegi tengok orang bagi makan burung enggang (hornbil) dan tengok sunset di Teluk Nipah.

    6) Jam 8.30 malam dinner di kedai Thai Food Project, 20 meter dari chalet. Harga murah. Set 2 orang RM30 – (Tomyam campur, kailan goreng, telur dadar, nasi putih, ayam goreng kunyit, teh o ais). Kami tambah sup daging dan udang goreng kunyit. Udang dia nanges weh. Fresh!

    7) Lepas makan jalan2 beli souvenir. (Biasalah, budak kecik tu sibuk dengan keychain la, gelang la, siput la). Pastu beli jagung bakar, roti, kudap2.

    8) Balik chalet tido. Esoknya ada aktiviti paling penting! Hahah.

    20191219_17480220191219_17560220191219_191004 20191220_083217

    DAY 2
    1) Breakfast free di Warong Manshor, 30 meter dari chalet, depan laut. Ada 5 set sarapan yang boleh dipilih; nasik lemak, scrambled egg, omelete, lagi 2 dah lupa. ๐Ÿ˜€

    2) Lepas breakfast terus ke seberang jalan tempat persediaan nak snorkeling. Abang Sani beach boy terangkan cara2 snorkeling, dan bawa kami naik bot ke Pulau Giam. Air jernih sangat, happy! Lepas 2 jam, akak call bro Sani, dia bawa melawat pulau berdekatan dan balik ke chalet.

    3) Jam 1 petang kami check out dan terus tapau lunch kat Thai Food Project. Kami beli nasi kerabu, nasi ayam berempah, nasi sup daging dan mi celup untuk bawa ke destinasi seterusnya. Kami tahan teksi pink tepi jalan dan minta dia hantar ke Rumah Rehat Kerajaan Negeri, Teluk Dalam, Pangkor.

    4) Lepas check in, semua keletihan. Si kecik ajak cari shell lagi kat pantai. Akak turutkan saja. Hahah.

    5) Jam 8.30 malam dinner di gerai bersebelahan hotel. Kami order mi goreng, mi bandung dan nasi goreng daging merah. Adik beli burger seberang jalan. Kawasan Teluk Dalam adalah kawasan kampung yang takda apa2. Cuma ada 3 kedai makan, dan gelanggang futsal yang riuh dengan game futsal. So kalau nak ke Pangkor untuk aktiviti pantai, better ke Teluk Nipah.

    20191220_103702(0)20191220_09572320191220_09544020191220_10461220191220_09540220191220_09301520191220_095925

    20191221_094410

    20191220_180552(1)

    20191220_135132

    20191221_093341

    20191220_181025

    DAY 3
    1) Breakfast di Ombak Cafe dan checked out jam 12 tengahari.

    2) Pihak hotel tolong call teksi pink untuk bawa kami melawat sekitar pekan Pangkor.

    3) Kami dibawa ronda2 ke pekan pangkor oleh Bro Ubi. Katanya kalau sebut nama Hafizz, orang tak kenal. Tapi kalau sebut nama UBI, satu Pangkor kenai :P.

    4) Ubi bawa kami melawat kilang satay, Galeri Pangkor, Dutch Fort, Batu Bersurat, Masjid Terapung Seribu Selawat dan terus ke jeti pangkor. Bayaran teksi RM70.

    5) Dalam jam 2 petang, kami naik feri balik ke Lumut dan bawa mama jalanยฒ pekan Lumut yang dah lama tak pegi. Nanti kita bawa dia gi tidur Lumut pulak la. Boleh beli ikan bilis puasยฒ. ๐Ÿ˜€

    20191221_09364020191221_103333
    20191221_111825
    20191221_113313

    20191221_112837

    Sekian lah cerita pendek saya.

  • Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-21

    Tarikh: 19. 11. 19

    Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak.

    Alhamdulillah.

    Petuanya ‘JALAN TERUSSSSS’! ๐Ÿ™‚

    20191201_143326(1).jpgimg-20191119-wa0093.jpgIMG-20191119-WA0082img-20191119-wa0133.jpgimg-20191119-wa0098.jpg20191119_093957.jpgimg-20191119-wa0122.jpg20191119_140658img-20191119-wa0126.jpg20191119_175118img-20191119-wa0080.jpgimg-20191119-wa00371.jpg20191119_225030(1)20191119_173656.jpgIMG-20191119-WA0130(1).jpg

    Pertama kali bertentang mata dengan Profesor Dr. Ramlee Mustapha, yang bersungguh-sungguh tolong betulkan Abstrak ku berbelas kali. Walaupun tak pernah berjumpa, cuma buat correction melalui emel dan whatsapp je. Terima kasih Prof.

    Prof. Amir tak sempat nak kejar. Beliau ada kelas, terpaksa keluar awal dari dewan. I lap u, Prof! ๐Ÿ˜€

    20191119_173807.jpg

    Both of you mesti ada Doctor of Philosophy tau! Aminnn!

    Nak NEXTTT tak? ๐Ÿ˜‰
    Nana is very bahaya. Kalau berangan tu, biasanya jalan terusss Hahah! ๐Ÿ˜€
    ย 

  • Kawan Kita Dalam Kubur

    Ini bukan entry RIAK.

    Sekadar berkongsi cerita.

    Tahun lps, sebaik usai sesi viva-Disember 2018, aku teruskan niat untuk istiqamah dengan Al-Quran. Sebenarnya, kisah Al-Quran aku bermula dari dalam Hospital- Oktober 2018. Saat sakit dan berharap hanya pada Allah. “Bila sakit baru cari Tuhan”- Aku la tu. Tapi magisnya, sakit itu cuma asbab untuk aku berharap hanya kepada Tuhan! Asik harap kat manusia, manusia yg sama tak boleh diharap macam diri kita.

    Tapi selepas keluar dari hospital, aku dah tangguh2 baca Al-Quran. Sehingga tiba subuh hari viva, aku monolog sendiri,

    “apa lagi yg ko nak buat dlm hidup? Semua dah cukup. Mcm2 ko dah buat. Tapi bila ko sebok dgn dunia, ko lengah2kan belajar agama. So lepas habis belajar ni ko bawak bertendang dan ko ngaji Quran!”

    Alhamdulillah. Masih istiqamah dan CUBA tak tinggalkan Al-Quran tiap2 hari, walaupun masih tertinggal sehari dua terutama bila di luar Ipoh. Bila jauh dari Ipoh, aku cuba baca surah2 dari apps Tilawah MY. (Nanti try download ke handphone ye).

    Alhamdulillah, lagi sikit nak khatam. Setahun kau! Dan aku segan bila org kata aku dah lain, muslimah la, dah alim la, dah macam2 la. Jgn cakap macam tu. Aku sama je macam dulu2. Masih rock and roll.

    Kita semua ada fasa hidup yg berbeza. Jgn mengata kawan2 yg dah kurus baju semakin ketat, yg on off tutup aurat, yg dah bukak terus pun ada.

    InsyaAllah, masanya akan tiba.

    Ibarat wahyu nak diet, bukan senang nak dapat.

    Sekian.

    #my2cents
    #yeayyy
    #nakkhatam

    IMG_20191103_232315_571

  • Bumi Kenyalang

    24 – 27 Julai 2019 naik belon ke pejabat cawangan Kuching, Sarawak atas tugasan rasmi.

    Sambil2 tu, jalan2 di Kuching sambil penuhkan bagasi dgn kek lapis Sarawak ๐Ÿ˜‚.

    InsyaAllah. Ada rezeki kita repeat lagi.