Will the shadow hide the colours of my heart?

…lest we forget how fragile we are…

Asasi Sains Hayat UNIMAS

Alhamdulillah.

Sulong berjaya ke menara gading. Dapat offer Program Asasi Sains Hayat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama setahun dan pilihan pertama Universiti dalam permohonan UPU. Eh. Tiber dah besar ye :D. Jauh kami menghantarnya ke over the sea :p

Apa beza asasi dan matrikulasi? Asasi biasanya 1 tahun dan terus sambung degree tanpa buat permohonan. Matrikulasi 1 atau 2 tahun dan perlu buat permohonan masuk ke Universiti untuk sambung degree.

Asasi ada 2 jenis, iaitu Asasi Terbuka dan Asasi Tertutup.

Asasi Terbuka hanya di UiTM, UM dan UKM. Pelajar asasi terbuka boleh pilih untuk sambung belajar di mana-mana IPTA dalam Malaysia.

Manakala Asasi Tertutup ada di UNIMAS, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ada beberapa lagi. Pelajar asasi tertutup biasanya hanya boleh sambung di IPTA yang sama saja. Kiranya satu kaki memang dah confirm masuk ke IPTA yang sama.

Hari pendaftaran kolej pada 24 Julai 2023. Kalau ikut kalendar dah almost sebulan sulong kat Kota Samarahan, Sarawak. Kalau ikut kalendar lah! 😀

Nanti sis sambung part 2 ye hahah

Posted on