Will the shadow hide the colours of my heart?

…lest we forget how fragile we are…

Kawan Kita Dalam Kubur

Ini bukan entry RIAK.

Sekadar berkongsi cerita.

Tahun lps, sebaik usai sesi viva-Disember 2018, aku teruskan niat untuk istiqamah dengan Al-Quran. Sebenarnya, kisah Al-Quran aku bermula dari dalam Hospital- Oktober 2018. Saat sakit dan berharap hanya pada Allah. “Bila sakit baru cari Tuhan”- Aku la tu. Tapi magisnya, sakit itu cuma asbab untuk aku berharap hanya kepada Tuhan! Asik harap kat manusia, manusia yg sama tak boleh diharap macam diri kita.

Tapi selepas keluar dari hospital, aku dah tangguh2 baca Al-Quran. Sehingga tiba subuh hari viva, aku monolog sendiri,

“apa lagi yg ko nak buat dlm hidup? Semua dah cukup. Mcm2 ko dah buat. Tapi bila ko sebok dgn dunia, ko lengah2kan belajar agama. So lepas habis belajar ni ko bawak bertendang dan ko ngaji Quran!”

Alhamdulillah. Masih istiqamah dan CUBA tak tinggalkan Al-Quran tiap2 hari, walaupun masih tertinggal sehari dua terutama bila di luar Ipoh. Bila jauh dari Ipoh, aku cuba baca surah2 dari apps Tilawah MY. (Nanti try download ke handphone ye).

Alhamdulillah, lagi sikit nak khatam. Setahun kau! Dan aku segan bila org kata aku dah lain, muslimah la, dah alim la, dah macam2 la. Jgn cakap macam tu. Aku sama je macam dulu2. Masih rock and roll.

Kita semua ada fasa hidup yg berbeza. Jgn mengata kawan2 yg dah kurus baju semakin ketat, yg on off tutup aurat, yg dah bukak terus pun ada.

InsyaAllah, masanya akan tiba.

Ibarat wahyu nak diet, bukan senang nak dapat.

Sekian.

#my2cents
#yeayyy
#nakkhatam

IMG_20191103_232315_571

Posted on